"Cinta Yang Kekal Hanya Cinta Pada ALLAH"
> cinta dunia cinta bersifat sementara<

Tuesday, July 17, 2012

hukum menjawab salam

Sebarkan salam.. Hindari salam ancaman..

(Selamat sejahtera keatas kamu)


(Nasihat Luqman Al-Hakim)
BAGAIMANA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM?

BERI SALAM = Assalamualaikum w.b.r.

JAWAB SALAM = Waalaikumusalam w.b.r

Adapun salam diatas hanyalah si pemberi dan si menjawab adalah seorang muslim/muslimah(ISLAM).

HUKUM BERI DAN MENJAWAB SALAM...
Hukum asal memberi salam adalah SUNAT dan menjawab salam adalah satu keWAJIBan.

Sebenarnya memberi salam dan menjawab salam bagi Si pemberi dan Si menjawab (senang cerita sesama Islam) ini tiada masalah sebenarnya. Rata-rata semua faham kerana dah "terang lagi bersuluh" dah perkara ini dijelaskan dan diberi kefahaman.Tinggal lagi pada individu itu sendiri nak ikut atau tidak.

JADI APA MASALAHNYA LAGI?

MASALAHNYA BAGAIMANA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM KEPADA/DARI NON-MUSLIM

Ini satu perkara yang jadi masalah buat orang Islam terutamanya. Sampai ada yang berpendapat orang bukan Islam tidak patut memberi salam dan mempermainkan salam yang khasnya buat umat yang beragama Islam. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran tentang bagaimana nak memberi salam dan menjawab salam apabila salam itu datang dari sorang (non-muslim).

Antara persoalannya:-
# Eh,Si Rajagopal tu beri salam ar.. Boleh ke di ucap salam?
# Adeii, Si Mei Mei ni dah melampau ni.. Dah masuk hari yang ke -5 dah ni, dia asyik beri salam tapi lain macam bunyinya.. Aku pula asyik tersenyum jer.
# Errr... Haram ke aku jawab salam Ah Chong? Ah Chong pun satu, janganlah beri salam. Ucaplah selamat pagi ke hai ke? Ish Ish
# Ahh.. Cabut.. Wong dah datang.. Kang beri salam kang.. Terkebil-kebil aku kang..
#Ala,terlupa lagi nak tanya Ustaz tentang salam non-muslim. Kenapalah asyik lupa jer? Nyanyuk betullah aku ni.

APAKAH HUKUM MEMBERI ATAU MENJAWAB SALAM MEREKA YANG BUKAN MUSLIM?
PENDAPAT ULAMA

al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
“Telah berbeza pendapat para ulama salaf dan khalaf mengenai hukum memberi salam kepada Yahudi dan Kristian". Kata kebanyakan ulama tersebut: “tidak dimulakan ucapan salam kepada mereka”.

Ibn ‘Abbas, Abu Umamah dan Ibn Muhairiz
“harus memulakan ucapan salam kepada mereka, seperti mana harus menjawabnya."

Imam As-Syafie
"Disebut al-Salam‘alaika tanpa menyebut wa rahmatullah, dan secara ifrad (untuk seorang sahaja)."

Segolongan ulama
“Harus memulakan salam kepada Yahudi dan Kristian disebabkan kemaslahatan yang lebih utama yang diperlukan, atau bimbang tindakannya, atau hubungan kekeluargaan, atau apa-apa yang memerlukannya.”

Ibrahim al-Nakha’i dan ‘Alqamah.
Kata al-Auza’i:
“Jika engkau memberi salam kepada mereka (Yahudi dan Kristian), telah pun memberi salam kepada mereka sebelum ini golongan soleh. Jika engkau tidak memberi salam kepada mereka, telah pun tidak memberi salam kepada mereka sebelum ini golongan soleh yang lain”.

al-Imam Ibn Qayyim (Muassasah al-Risalah)

“Para ulama berbeza pendapat tentang menjawab salam mereka. Majoriti ulama berpendapat wajib menjawab. Inilah pendapat yang benar. Kata segolongan ulama tidak wajib menjawab.”

“Telah sabit dalam hadis, Nabi s.a.w lalu dalam satu majlis yang bercampur antara muslim, musyrikin penyembah berhala dan Yahudi, lalu baginda memberi salam untuk mereka semua”

Al-Imam al-Bukhari (Al-Adab al-Mufrad)
kata-kata Ibn ‘Abbas: “Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”
(riwayat ini bertaraf hasan)."

Al-Adab al-Mufrad bab Iza Kataba al-Zimmi Fasallama, Yurad‘Alaihi(Bab Apabila Kafir Zimmi Menulis Surat Dengan Memberi Salam, Maka Dijawab Salamnya).
Dalam bab ini dimuatkan kisah yang sahih di mana Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada seorang paderi lalu memberi salam dalam surat itu. Maka dia ditanya: Adakah engkau memberi salam kepadanya, sedangkan dia kafir?. Jawab Abu Musa: “Dia telah menulis surat kepadaku dengan memberi salam, maka akupun menjawabnya”.

APA KATA HADIS?


إِنَّ الْيَهُودَ إِذَا سَلَّمُوا عَلَيْكُمْ يَقُولُ أَحَدُهُمْ السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقُلْ عَلَيْكَ

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu).
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka dengan ini jelas hadith ini mempunyai Sabab al-Wurud (sebab terbentuknya sesuatu hadith) yang tersendiri. Iaitu ia merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza. Dalam ertikata lain hadith ini bukan untuk semua keadaan.

Maka jika keadaan berbeza, di mana jika ada bukan muslim memberikan salam dengan cara yang betul serta tujuan yang betul pula iaitu untuk mengucapkan kesejahteraan kepada kita, maka hadis di atas tiada kaitan lagi. Apakah wajar untuk kita sebagai penganut agama yang membawa kesejahteraan dan rahmah, menolak ucapan baik orang lain dengan cara yang tidak sepatutnya?!!. Sudah pasti tidak wajar demikian.

Justeru itu tokoh ulama hadis yang terkenal pada zaman ini, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. menyebut: “Ayat ini (Surah al-Mumtahanah ayat8) dengan jelas memerintahkan agar melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang kafir warga negara Islam yang berdamai dan tidak menyakiti kaum mukminin.

Tanpa syak lagi, jika seseorang di kalangan mereka memberi salam dengan menyebut secara jelas as-salam ‘alaikum , lalu kita menjawabnya sekadar wa ‘alaika, adalah sesuatu yang tidak adil dan meninggalkan sikap baik. Ini kerana kita telah mensamakan antara dia dengan orang yang mengucapkan as-samu ‘alaikum (maut atau kemusnahan ke atas kamu). Ini adalah kezaliman yang nyata”.
(Nasir al-Din Al-Albani, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 2/322, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif :1995).

P/S: Oleh itu sebarkan salam di antara kamu (Islam) untuk mengeratkan hubungan (Habbuluminnass) dan hindari salam ancaman dari golongan kuffar/munafiqun . .Selamat beramal . .